Sunday, October 30, 2011

Graduasi.

Alhamdulillah. Hari itu, Sabtu 22 Oktober 2011 bersamaan 24 Zulkaedah 1432H, bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam aku telah menerima Ijazah ku.
Hari yang bermakna buatku. Ya, bermakna! Hari tamatnya aku bergelar sebagai mahasiswa, dan mungkin juga hari permulaan sesuatu yang lebih baik untuk aku. :)




Terima Kasih! Terima kasih kepada keluarga, saudara-mara, rakan-rakan, para pensyarah dan sesiapa saja yang telah banyak membantu. Terima kasih UiTM Di Hatiku. Jasa kalian semua hanya Allah S.W.T. yang dapat membalas. Thanks for everything, I do love all of you. (♥♥,)

Tuesday, September 6, 2011

Raya?

Raya Ke-8 hari ini. Tamat sudah puasa 6. Haha bukan aku yang puasa, tapi orang-orang lain laa iaitu termasuklah ayahanda ku. :P

Malam raya, dah rasa lain macam. Sampai pagi raya, yes confirm lain dah! Gusi ku sakit! :'( Susahhhhnya nak makan. Punya la bukan main wat makan itu ini, tapi nak menikmatinya plak susah. Tapiiii, sedar tak sedar, dengan tak semena-mena makanan yang masuk ke dalam mulut aku lancar jeee. Ehhh! Dah tak sakit! Hehee syukur Ya Allah. Disaat aku dengaq ramai yang dok demam la saket la itu la ini la, Alhamdulillah aku boleh beraya dengan ermmm boleh dikatakan OK laaa. Yeah, bolehhhh la. *nada tak berapa puas hati* 

Alah, malas la nak cerita lebih-lebih. Gambar raya pon tak banyakkk. Tak sempat jumpa semua adik-beradik (saudara-mara) pun!


Abangngah, Adam, Nadhirah & Kak Nab. (Dalam perut belum tau nama)

Saya dan depa.

Mama & Abangchaq.

Darwis, Mama, Cik Not, Ahemm.

Semoga ketemu lagi di lebaran seterusnya!

» Benarkah aku sudah tembam?¿ erghhh!

Saturday, August 27, 2011

50 Tokoh Islam yang Mengubah Dunia

Selesai membaca buku 50 Tokoh Islam yang Mengubah Dunia oleh Ahmad Amri Zainal Adnan dan Nurasyikin Ahmad. Actually dah lama beli, tapi tak sempat sangat nak baca. Time free ja baru baca.

Picture: Google

Sedikit ulasan tentang buku ini, ia terbahagi kepada beberapa kategori tokoh -- Tokoh Intelektual, Tokoh Ulama, Tokoh Pejuang Agama dan Tokoh Politik. Buku yang ringkas, sesuai untuk mengenali dan mengetahui serba sedikit tentang tokoh-tokoh Islam. Cerita setiap tokoh adalah tentang latar belakang, keperibadianperjuangan dan sumbangan mereka. Sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang telah dilalui oleh mereka hingga mereka menjadi tokoh yang disegani dan dikenali seluruh dunia.

Berdasarkan kisah-kisah tokoh Islam ini, ada di antara mereka yang telah sering keluar masuk penjara dalam usaha untuk berdakwah. Ada juga yang diseksa. Tapi, mereka tak pernah putus asa. Boleh kata perjalanan hidup mereka bukannya mudah.

Terdapat juga tokoh Islam Malaysia yang tersenarai dalam buku ini iaitu Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)Zulkifli MuhammadNik Abdul Aziz Nik MatHaron DinBurhanuddin al-Helmy dan juga ahli politik yang sering kedengaran beritanya sejak akhir-akhir ini iaitu Anwar Ibrahim.

So, bagi sesiapa yang berminat nak tahu tentang tokoh-tokoh ni bolehla dapatkan beli buku ini di kedai-kedai jamu buku yang terlibat dalam penjualan buku ini dengan harga RM14.90 (Semenanjung Malaysia) atau RM16.90 (Sabah & Sarawak).

Thursday, August 25, 2011

Pencungkil Gigi membawa MAUT?


Picture: Google

Aku dan pencungkil gigi memang tak dapat dipisahkan. Ke mana pun restoran yang aku pergi, mesti nak tengok ada tak disediakan pencungkil gigi. Dan, setelah sekian lama aku rasa aku memang sangat perlukannya kemana saja aku pergi sebab aku makan tak kira masa. So that if there are toothpicks, it's easier for me to floss my teeth. Ya, tu semua sebab posisi gigi aku yang bersepah. Oleh itu makanan akan berkepit di mana saja gigiku berada. Dan disebabkan itu juga, aku akan pastikan aku membawa bersama pencungkil gigi hak milik aku di dalam handbag kemana saja aku pergi. Tapi yang bengangnya bila tukar handbag terus lupa nak bawak! Hohoh.

Ok, maybe kelihatan kurang sopan apabila aku mencungkil gigi di tempat awam mahupun on a date. But do I care? Haha ya aku tau ada yang tak suka buat macam tu tapi memandangkan hanya aku yang memahami perasaan gigiku yang bersepah ini so that I have no choice rather than floss it over and over again without shame. :P 

Tapiiii... betul ke pencungkil gigi boleh membawa maut? Haa, menurut satu fakta, saintis dah pun buat kajian terhadap semua dokumentasi berkaitan punca kematian manusia, dan hasil menarik yang ditemui ialah seramai 8,000 orang lemas disebabkan pencungkil gigi setiap tahun.

Hehh. Apa-apa pun aku tetap nak guna pencungkil gigi. *ketegaq gila* aha bukannya apa, takdak plak dia cakap tak boleh guna kan kan? Takpala, guna dengan cara yang betul la. Bukan masukkan terus dalam mulut, mau tertelan mana la tak lemas. By the way, lidi pencungkil gigi pon boleh diguna untuk check masakan (kek, kuih) yang dimasak tuh dah betul-betul masak ke belum apaa. Haa ada advantage lain gak tuu.

Akhir kata, toothpicks are the important function for me! Sekian.

Wednesday, August 24, 2011

Salam Eid ul-Fitr 1432H!

Dah menjadi kemestian, setiap kali munculnya Ramadhan, kita akan saling bertukar-tukar ucapan salam hari lebaran yang bakal menjelma. Oleh itu, aku juga dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Mohon diampunkan segala kekurangan dan kesilapan yang telah dilakukan secara sengaja ataupun tidak. Semoga lebaran yang disambut adalah bermakna dan raikanlah dengan sederhana. Bergembiralah dengan seadanya.
Persiapan raya aku? Ala kadar. Ya. Sekadar untuk mewujudkan suasana Aidilfitri. Hanya sepasang baju raya dan membuat sedikit kuih-muih untuk dihidangkan kepada tetamu dan perut sendiri. Aku tidak meminta lebih, cukuplah kalau Aidilfitri kali ini membawa seribu erti kebahagiaan buat aku. Ya Allah, semoga aku berolehnya. Aamin.