...................
Arwah Ma disahkan meninggal akibat Acute Coronary Syndrome. Dia yang aku kenal, cukup baik! Aku tetap sayang dia walaupun dia bukan ibuku. Tapi sekarang, tinggal kenangan. Aku sukakan puding raja & nasi kerabu yang arwah Ma buat. SEDAP! :'(
Allah S.W.T. lebih menyayanginya. Syukur Alhamdulillah, jenazahnya selamat dikebumikan jam 1 petang 27 Mei 2010 dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang masalah.
Tiada apa yang dapat mengembalikannya, sebagai insan yang masih hidup akan aku doakan kesejahteraannya di alam sana. Semoga Allah S.W.T. menempatkan arwah Ma bersama orang-orang yang beriman. AMIN!
Dieyana & her late Ma.
Sesungguhnya, terdapat 3 amalan yang tidak terputus bagi orang yang telah meninggal dunia.
1] Amal Jariah
Amal jariah yang dimaksudkan bukanlah hanya yang melibatkan wang semata-mata,
namun termasuklah yang berupa tenaga & buah fikiran yang baik dan diredhai Allah
S.W.T.
2] Ilmu Yang Bermanfaat
Ilmu yang dimaksudkan juga bukanlah ilmu agama semata-mata, tapi ilmu umum yang
berbentuk pengetahuan yang sangat berguna. Ilmu yang dimiliki yang dapat
memanfaatkan semua serta diredhai Allah S.W.T. akan mendatangkan pahala yang tidak
putus walaupun telah meninggal dunia. Justeru, kita dituntut untuk mengamalkan dan
menyebarkan ilmu-ilmu yang diredhai-Nya kepada orang lain.
3] Anak Yang Soleh/Solehah
Anak adalah anugerah Allah S.W.T. yang tidak terhingga. Mendidik anak-anak menjadi
manusia yang berguna dan beriman merupakan satu bekalan untuk melangkah ke alam
sana. Beruntunglah mereka yang mempunyai keturunan untuk mendoakan ibu bapanya
kelak. Oleh itu, syukurlah pada mereka yang dikurniakan zuriat, dan peliharalah mereka
sebaik-baiknya dengan didikan yang diredhai-Nya agar dapat menyenangkan keadaanmu
di alam sana. Sebagai anak pula, hargailah ibu bapa semasa hayat mereka masih ada, dan
berdoalah kepada mereka yang telah pergi kerana itulah sebaik-baiknya buat mereka.
Renung-renungkanlah..
****