Friday, May 28, 2010

Perginya Ma...

Khamis, 26 Mei 2010. Petang itu, lepas aku balik dari praktikal, rehat sekejap sambil nikmati karipap. Tak lama kemudian, handphone pun bunyi. Panggilan dari Dieyana.

 ...................

Sungguh aku tak percaya, mungkin aku salah dengar ? Lalu aku call semula. Nyata benar! Innalillahiwainnailaihirajiun... Ibunya (Ma) telah kembali ke rahmatullah. Aku terkejut! Sungguh. Jauh disudut hati aku, aku harapkan yang itu berita palsu! Namun takdir Allah S.W.T. telah menentukan segalanya.

Arwah Ma disahkan meninggal akibat Acute Coronary Syndrome. Dia yang aku kenal, cukup baik! Aku tetap sayang dia walaupun dia bukan ibuku. Tapi sekarang, tinggal kenangan. Aku sukakan puding raja & nasi kerabu yang arwah Ma buat. SEDAP! :'(

Allah S.W.T. lebih menyayanginya. Syukur Alhamdulillah, jenazahnya selamat dikebumikan jam 1 petang 27 Mei 2010 dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang masalah.

Tiada apa yang dapat mengembalikannya, sebagai insan yang masih hidup akan aku doakan kesejahteraannya di alam sana. Semoga Allah S.W.T. menempatkan arwah Ma bersama orang-orang yang beriman. AMIN!

 Dieyana & her late Ma.


Sesungguhnya, terdapat 3 amalan yang tidak terputus bagi orang yang telah meninggal dunia.

1]  Amal Jariah
     Amal jariah yang dimaksudkan bukanlah hanya yang melibatkan wang semata-mata,
     namun termasuklah yang berupa tenaga & buah fikiran yang baik dan diredhai Allah
     S.W.T.

2] Ilmu Yang Bermanfaat
     Ilmu yang dimaksudkan juga bukanlah ilmu agama semata-mata, tapi ilmu umum yang
     berbentuk pengetahuan yang sangat berguna. Ilmu yang dimiliki yang dapat 
     memanfaatkan semua serta diredhai Allah S.W.T. akan mendatangkan pahala yang tidak
     putus walaupun telah meninggal dunia. Justeru, kita dituntut untuk mengamalkan dan
     menyebarkan ilmu-ilmu yang diredhai-Nya kepada orang lain.

3] Anak Yang Soleh/Solehah
     Anak adalah anugerah Allah S.W.T. yang tidak terhingga. Mendidik anak-anak menjadi
     manusia yang berguna dan beriman merupakan satu bekalan untuk melangkah ke alam
     sana. Beruntunglah mereka yang mempunyai keturunan untuk mendoakan ibu bapanya
     kelak. Oleh itu, syukurlah pada mereka yang dikurniakan zuriat, dan peliharalah mereka
     sebaik-baiknya dengan didikan yang diredhai-Nya agar dapat menyenangkan keadaanmu
     di alam sana. Sebagai anak pula, hargailah ibu bapa semasa hayat mereka masih ada, dan
     berdoalah kepada mereka yang telah pergi kerana itulah sebaik-baiknya buat mereka.

Renung-renungkanlah..

****

Friday, May 21, 2010

Alam Pekerjaan...


 
Agak lama ya aku tak update blog ini. Since I'm on practical training this semester break.
Dalam erti kata lain, aku di alam pekerjaan semasa cuti kali ni. Hoho! TAPI, gambar di atas hanyalah gambar hiasan semata-mata. Bukan tu kerja aku masa practical training ni! HAHA.
And one more thing, this blog of mine is not my place to do luahan hati actually, that is why I rarely make a new entry or update my blog. Sikit² takpa la kot noo! : )

Since I already have an experience of working in the printing industry, so for this time I already know how tired I could be after came back from work. Alaa dulu masa SKP dekat Unit Cetak la, tapi seriously itu lagi penat. Production kan! Kali ni bukan penat apa, tapi sikit² naik turun tangga. Adeh nak tanya satu benda ja, tapi orang dekat bawah, dah kena turun. Pastu naik atas balik! Tak kuros² pon aku. HAHA

Apa² pun alam pekerjaan ni banyak dugaannya. Walaupun aku bukan banyak pengalaman bekerja, tapi tau la serba sikit. Lagi, environment dekat tempat kerja pun kadang² kita tak dapat nak jangka. Mula² ingatkan semua ok, tapi hakikatnya tidak! Tapi tu semua hal dalaman, mana yang tak patot campur tuh, diamkan je la. Butakan mata, pekakkan telinga. The most important thing is, do our own job.

Alam pekerjaan.. BOSS! Boss merupakan salah satu perkara yang banyak sangat peranannya dalam apa² kerja pun. Boss jugak la yang boleh membuatkan kerja seseorang tu jadi seronok, best, serabut, tension, dan macam² lagi. So dalam kes aku, adala sedikit isu berkaitan boss/majikan ni. Tapi so far Alhamdulillah, takdak perkara buruk. Setakat tak puas hati sikit tuh, adat la. Dah memang tu cara dia, so aku harus la ikut je. Bila dipikir² kan, kalau tak kerana dia, tak dapat la aku buat praktikal. Even though I recently know why he do not mind to hire practical training student, but I am grateful because he gave me chance. The reason why he want to hire practical training student is, ouchh secret! Hehe, I do not think I want to tell that. It such a negative thing actually, so let's do not talk about it.

Kerja² ni jugak menguji kesabaran, dan betapa kita tak boleh bergantung lagi pada sesiapa. Kena bijak buat keputusan, kena berani ambil risiko, dan kena bertanggungjawab. It is not easy actually. Ini baru sikit, macam mana la orang² yang ada jawatan besar² kat luar sana nak pegang tanggungjawab berat ? Pernah terfikir ?
Baru sikit hal, kadang² dah nak merungut lebih. Macam mana la orang² yang dah lama dalam industri tuh nak hadapi semua masalah² yang datang ? Pernah terfikir ?
So, perkara ni sikit sebanyak mengajar aku apa benda sebenar yang berlaku kalau dah betul² berada di alam pekerjaan. Memang betul, ramai orang pernah cakap masa belajar tak sama bila dah kerja nanti. Masa belajar, boleh lagi main². Kalau salah, takpa. Masih belajar.. TAPI, kalau dah kerja ? Mula² salah mungkin takpa, tapi kalau dah berlarutan, kena ada sikap tanggungjawab! Dan kena ikhlas jugak, sebab tu punca rezeki kita.

Tak banyak aku boleh share untuk entry kali ni, sebabnya aku pun masih baru. Tapi apapun, cubala kerja dengan sebaik²nya, insya-Allah dapat kepuasan. Setakat ni, satu ja aku suka bila bekerja, bila penat tak payah pikir apa. TIDOQ ja tao! HAHA. I mean, tak payah pikir assignment. Tapi ni semua sementara, nanti bila dah kerja betul², tak boleh lagi nak pikir kesenangan diri sendiri.  Mungkin masa untuk diri sendiri pun tak cukup, tapi itulah kitaran hidup. Semakin membesar, besarlah jugak tanggungjawab dan peranan. So, ingat² la pada parents kita yang susah² bekerja untuk family. SEKIAN.