Friday, May 28, 2010

Perginya Ma...

Khamis, 26 Mei 2010. Petang itu, lepas aku balik dari praktikal, rehat sekejap sambil nikmati karipap. Tak lama kemudian, handphone pun bunyi. Panggilan dari Dieyana.

 ...................

Sungguh aku tak percaya, mungkin aku salah dengar ? Lalu aku call semula. Nyata benar! Innalillahiwainnailaihirajiun... Ibunya (Ma) telah kembali ke rahmatullah. Aku terkejut! Sungguh. Jauh disudut hati aku, aku harapkan yang itu berita palsu! Namun takdir Allah S.W.T. telah menentukan segalanya.

Arwah Ma disahkan meninggal akibat Acute Coronary Syndrome. Dia yang aku kenal, cukup baik! Aku tetap sayang dia walaupun dia bukan ibuku. Tapi sekarang, tinggal kenangan. Aku sukakan puding raja & nasi kerabu yang arwah Ma buat. SEDAP! :'(

Allah S.W.T. lebih menyayanginya. Syukur Alhamdulillah, jenazahnya selamat dikebumikan jam 1 petang 27 Mei 2010 dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang masalah.

Tiada apa yang dapat mengembalikannya, sebagai insan yang masih hidup akan aku doakan kesejahteraannya di alam sana. Semoga Allah S.W.T. menempatkan arwah Ma bersama orang-orang yang beriman. AMIN!

 Dieyana & her late Ma.


Sesungguhnya, terdapat 3 amalan yang tidak terputus bagi orang yang telah meninggal dunia.

1]  Amal Jariah
     Amal jariah yang dimaksudkan bukanlah hanya yang melibatkan wang semata-mata,
     namun termasuklah yang berupa tenaga & buah fikiran yang baik dan diredhai Allah
     S.W.T.

2] Ilmu Yang Bermanfaat
     Ilmu yang dimaksudkan juga bukanlah ilmu agama semata-mata, tapi ilmu umum yang
     berbentuk pengetahuan yang sangat berguna. Ilmu yang dimiliki yang dapat 
     memanfaatkan semua serta diredhai Allah S.W.T. akan mendatangkan pahala yang tidak
     putus walaupun telah meninggal dunia. Justeru, kita dituntut untuk mengamalkan dan
     menyebarkan ilmu-ilmu yang diredhai-Nya kepada orang lain.

3] Anak Yang Soleh/Solehah
     Anak adalah anugerah Allah S.W.T. yang tidak terhingga. Mendidik anak-anak menjadi
     manusia yang berguna dan beriman merupakan satu bekalan untuk melangkah ke alam
     sana. Beruntunglah mereka yang mempunyai keturunan untuk mendoakan ibu bapanya
     kelak. Oleh itu, syukurlah pada mereka yang dikurniakan zuriat, dan peliharalah mereka
     sebaik-baiknya dengan didikan yang diredhai-Nya agar dapat menyenangkan keadaanmu
     di alam sana. Sebagai anak pula, hargailah ibu bapa semasa hayat mereka masih ada, dan
     berdoalah kepada mereka yang telah pergi kerana itulah sebaik-baiknya buat mereka.

Renung-renungkanlah..

****

0 talks:

Post a Comment