Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Problems Everywhere!


Wherever you go, there's always a problem.
So, we can't avoid the problems. Instead we should face it calmly! :D

Tuesday, July 19, 2011

23rd on July 18th!

Semalam Isnin, 18 Julai 2011. 23 tahun lalu, pada hari yang sama aku telah dilahirkan. Syukur aku masih bernafas sehingga kini. : ) Setelah lima tahun tidak berada di Kedah pada setiap 18 Julai, akhirnya pada 2011 aku berpeluang untuk menikmati ulang tahun kelahiran aku di sini. = D

Ahaaa aku mendapat kek Tiramissu dua hari lebih awal (16 Julai) dari Nadira Izzati! Thanks Nads!! We Love Tiramissu! : )


* Picture: Google (Tak sempat snap pic kek sebab dah makan dulu, tak sabaq! HAHA)

So on July 18th, there is small makan-makan for my family. Hehe.



Kek Lapis Sarawak originally made by Sarawakian! So delicious! : D Thanks Cik Ju, letak bunga-bunga khas dari Sarawak lagi. Hehe these flowers are supposed to be for Engagement or Wedding Cake only! Woww I'm not engaged or married yet. : P Hoho just specially for me. TERHARU sat.


Dan tidak ketinggalan, menu favourite all the time!! Lontong Mama!  this damn much! TERBAIK! :-))

And I am so touched when my niece Nur Nazifa Nadhirah gave me a birthday present before she goes to school. Thank youuuu, maksu sayang Nadhirah!  = )



Bukan main susah nak bukak. Lekat pakai gam kuat kot? Siap dengan selotep. Siap ada kad lagi! Hehe made by herself. Maksu simpan jela ehh, takpon wat tulis hutang orang! HAHA. 

Alhamdulillah, I'm very grateful for all the happiness and success that I achieved, and so do for the people around me. I hope that everything will always be OK, and may everybody that I love and me will always be rewarded of true happiness which are success in our life, good health, free of problems, and so on. Amin!
Thanks to all my loved ones, for always being with me. I  YOU!







Sunday, July 17, 2011

Panas yang SEDAP, dan TAK SEDAP!




Wednesday, July 7, 2010

The Reality of Real Life!

 What is the reality of real life? Life is SIMPLE!
Is it true? YES, it is true!
It is true that life is simple to be said!
But yet, life can be complicated enough.

Thursday, June 17, 2010

Every cloud has a silver lining! : )



Friday, May 28, 2010

Perginya Ma...

Khamis, 26 Mei 2010. Petang itu, lepas aku balik dari praktikal, rehat sekejap sambil nikmati karipap. Tak lama kemudian, handphone pun bunyi. Panggilan dari Dieyana.

 ...................

Sungguh aku tak percaya, mungkin aku salah dengar ? Lalu aku call semula. Nyata benar! Innalillahiwainnailaihirajiun... Ibunya (Ma) telah kembali ke rahmatullah. Aku terkejut! Sungguh. Jauh disudut hati aku, aku harapkan yang itu berita palsu! Namun takdir Allah S.W.T. telah menentukan segalanya.

Arwah Ma disahkan meninggal akibat Acute Coronary Syndrome. Dia yang aku kenal, cukup baik! Aku tetap sayang dia walaupun dia bukan ibuku. Tapi sekarang, tinggal kenangan. Aku sukakan puding raja & nasi kerabu yang arwah Ma buat. SEDAP! :'(

Allah S.W.T. lebih menyayanginya. Syukur Alhamdulillah, jenazahnya selamat dikebumikan jam 1 petang 27 Mei 2010 dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang masalah.

Tiada apa yang dapat mengembalikannya, sebagai insan yang masih hidup akan aku doakan kesejahteraannya di alam sana. Semoga Allah S.W.T. menempatkan arwah Ma bersama orang-orang yang beriman. AMIN!

 Dieyana & her late Ma.


Sesungguhnya, terdapat 3 amalan yang tidak terputus bagi orang yang telah meninggal dunia.

1]  Amal Jariah
     Amal jariah yang dimaksudkan bukanlah hanya yang melibatkan wang semata-mata,
     namun termasuklah yang berupa tenaga & buah fikiran yang baik dan diredhai Allah
     S.W.T.

2] Ilmu Yang Bermanfaat
     Ilmu yang dimaksudkan juga bukanlah ilmu agama semata-mata, tapi ilmu umum yang
     berbentuk pengetahuan yang sangat berguna. Ilmu yang dimiliki yang dapat 
     memanfaatkan semua serta diredhai Allah S.W.T. akan mendatangkan pahala yang tidak
     putus walaupun telah meninggal dunia. Justeru, kita dituntut untuk mengamalkan dan
     menyebarkan ilmu-ilmu yang diredhai-Nya kepada orang lain.

3] Anak Yang Soleh/Solehah
     Anak adalah anugerah Allah S.W.T. yang tidak terhingga. Mendidik anak-anak menjadi
     manusia yang berguna dan beriman merupakan satu bekalan untuk melangkah ke alam
     sana. Beruntunglah mereka yang mempunyai keturunan untuk mendoakan ibu bapanya
     kelak. Oleh itu, syukurlah pada mereka yang dikurniakan zuriat, dan peliharalah mereka
     sebaik-baiknya dengan didikan yang diredhai-Nya agar dapat menyenangkan keadaanmu
     di alam sana. Sebagai anak pula, hargailah ibu bapa semasa hayat mereka masih ada, dan
     berdoalah kepada mereka yang telah pergi kerana itulah sebaik-baiknya buat mereka.

Renung-renungkanlah..

****