Sunday, July 17, 2011

Job Interview Tips!



Haritu aku ada borak-borak dengan sorang kakak neh (Engineer kilang ape tah), dia ada bagi sedikit tips pasal INTERVIEW. So, aku just nak share kat sini untuk sesapa ja yang bakal pergi interview.

1. Sebelum pergi interview, make some RESEARCH about that company. Google la apa yang patot, at least kita tau la background company ka, or anything else about the job.

2. PENAMPILAN. Masa pergi interview tuh, bagi PEREMPUAN, dia cakap TAK DIGALAKKAN berbaju kurung. Kalau boleh, pakai la kemeja, long skirt or slack. Ada blazer lagi bagus. LELAKI, macam biasa pakai kemeja, neck tie and slack. Baju tuck in.



3. CONFIDENCE. Kakak tu cakap, kita kena nampak berkeyakinan. Dari mula kita datang, langkah masuk ke tempat interview, cara duduk, etc. Bagi PEREMPUAN, kakak tuh cakap bawa la HANDBAG. hoho. Sebab, nampak la confidence sikit, macam wanita bekerjaya. (dia yang cakap).

4. JAGA KELAKUAN. Employers biasanya akan pergi kursus-kursus berkaitan interview, so diorang dah belajar & dapat tahu tentang sikap2 calon pekerja dari mula calon tu masuk, cara bercakap, etc psychologically. 

5. Masa interview, kalau diminta PERKENALKAN DIRI, kita just perkenalkan diri yang BETUL-BETUL PERLU sahaja. Contohnya, background kita graduate dari IPT mana, course apa, pengalaman dalam bidang berkaitan. Cerita pasal perkara yang dapat MENARIK PERHATIAN majikan untuk ambil kita bekerja dalam jawatan yang kita apply. JANGAN MELALUT, contohnya cerita makanan kegemaran, artis pujaan, nak kahwin dengan siapa, dah berapa kali bercerai, etc.

6. Selalunya, soalan umum akan ditanya adalah pasal STRENGTH and WEAKNESS kita. Kalau STRENGTH, cerita ja segala kelebihan kita dalam bidang tu or bagitau sifat-sifat kita yang dia boleh tertarik untuk ambil bekerja. Contohnya: menepati masa, rajin belajar, etc. Untuk WEAKNESS pulak, jangan cerita kelemahan kita secara terang-terangan. Weakness kat sini, kita cuba bagi kelemahan tuh dipandang POSITIF oleh majikan. Contohnya: "Saya terlampau aggresif bekerja, sehingga pekerja lain mungkin akan tertekan dengan cara saya". Nampak macam sangat gilaaa bekerja, bunyi macam kelebihan tapi kelemahan bagi kita.


\\Haa tu jelah yang aku dengar dari dia. Mungkin ada lagi kot tips lain, tapi based on apa yang aku dah dengar neh, sekadar nak share la dengan sesapa ja yang memerlukan. Hope it will help you. = ) errr. aku jugak yang belum pergi interview. T_T


0 talks:

Post a Comment