Saturday, August 27, 2011

50 Tokoh Islam yang Mengubah Dunia

Selesai membaca buku 50 Tokoh Islam yang Mengubah Dunia oleh Ahmad Amri Zainal Adnan dan Nurasyikin Ahmad. Actually dah lama beli, tapi tak sempat sangat nak baca. Time free ja baru baca.

Picture: Google

Sedikit ulasan tentang buku ini, ia terbahagi kepada beberapa kategori tokoh -- Tokoh Intelektual, Tokoh Ulama, Tokoh Pejuang Agama dan Tokoh Politik. Buku yang ringkas, sesuai untuk mengenali dan mengetahui serba sedikit tentang tokoh-tokoh Islam. Cerita setiap tokoh adalah tentang latar belakang, keperibadianperjuangan dan sumbangan mereka. Sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang telah dilalui oleh mereka hingga mereka menjadi tokoh yang disegani dan dikenali seluruh dunia.

Berdasarkan kisah-kisah tokoh Islam ini, ada di antara mereka yang telah sering keluar masuk penjara dalam usaha untuk berdakwah. Ada juga yang diseksa. Tapi, mereka tak pernah putus asa. Boleh kata perjalanan hidup mereka bukannya mudah.

Terdapat juga tokoh Islam Malaysia yang tersenarai dalam buku ini iaitu Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)Zulkifli MuhammadNik Abdul Aziz Nik MatHaron DinBurhanuddin al-Helmy dan juga ahli politik yang sering kedengaran beritanya sejak akhir-akhir ini iaitu Anwar Ibrahim.

So, bagi sesiapa yang berminat nak tahu tentang tokoh-tokoh ni bolehla dapatkan beli buku ini di kedai-kedai jamu buku yang terlibat dalam penjualan buku ini dengan harga RM14.90 (Semenanjung Malaysia) atau RM16.90 (Sabah & Sarawak).