Tuesday, September 6, 2011

Raya?

Raya Ke-8 hari ini. Tamat sudah puasa 6. Haha bukan aku yang puasa, tapi orang-orang lain laa iaitu termasuklah ayahanda ku. :P

Malam raya, dah rasa lain macam. Sampai pagi raya, yes confirm lain dah! Gusi ku sakit! :'( Susahhhhnya nak makan. Punya la bukan main wat makan itu ini, tapi nak menikmatinya plak susah. Tapiiii, sedar tak sedar, dengan tak semena-mena makanan yang masuk ke dalam mulut aku lancar jeee. Ehhh! Dah tak sakit! Hehee syukur Ya Allah. Disaat aku dengaq ramai yang dok demam la saket la itu la ini la, Alhamdulillah aku boleh beraya dengan ermmm boleh dikatakan OK laaa. Yeah, bolehhhh la. *nada tak berapa puas hati* 

Alah, malas la nak cerita lebih-lebih. Gambar raya pon tak banyakkk. Tak sempat jumpa semua adik-beradik (saudara-mara) pun!


Abangngah, Adam, Nadhirah & Kak Nab. (Dalam perut belum tau nama)

Saya dan depa.

Mama & Abangchaq.

Darwis, Mama, Cik Not, Ahemm.

Semoga ketemu lagi di lebaran seterusnya!

» Benarkah aku sudah tembam?¿ erghhh!