Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Raya?

Raya Ke-8 hari ini. Tamat sudah puasa 6. Haha bukan aku yang puasa, tapi orang-orang lain laa iaitu termasuklah ayahanda ku. :P

Malam raya, dah rasa lain macam. Sampai pagi raya, yes confirm lain dah! Gusi ku sakit! :'( Susahhhhnya nak makan. Punya la bukan main wat makan itu ini, tapi nak menikmatinya plak susah. Tapiiii, sedar tak sedar, dengan tak semena-mena makanan yang masuk ke dalam mulut aku lancar jeee. Ehhh! Dah tak sakit! Hehee syukur Ya Allah. Disaat aku dengaq ramai yang dok demam la saket la itu la ini la, Alhamdulillah aku boleh beraya dengan ermmm boleh dikatakan OK laaa. Yeah, bolehhhh la. *nada tak berapa puas hati* 

Alah, malas la nak cerita lebih-lebih. Gambar raya pon tak banyakkk. Tak sempat jumpa semua adik-beradik (saudara-mara) pun!


Abangngah, Adam, Nadhirah & Kak Nab. (Dalam perut belum tau nama)

Saya dan depa.

Mama & Abangchaq.

Darwis, Mama, Cik Not, Ahemm.

Semoga ketemu lagi di lebaran seterusnya!

» Benarkah aku sudah tembam?¿ erghhh!

Wednesday, August 24, 2011

Salam Eid ul-Fitr 1432H!

Dah menjadi kemestian, setiap kali munculnya Ramadhan, kita akan saling bertukar-tukar ucapan salam hari lebaran yang bakal menjelma. Oleh itu, aku juga dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Mohon diampunkan segala kekurangan dan kesilapan yang telah dilakukan secara sengaja ataupun tidak. Semoga lebaran yang disambut adalah bermakna dan raikanlah dengan sederhana. Bergembiralah dengan seadanya.
Persiapan raya aku? Ala kadar. Ya. Sekadar untuk mewujudkan suasana Aidilfitri. Hanya sepasang baju raya dan membuat sedikit kuih-muih untuk dihidangkan kepada tetamu dan perut sendiri. Aku tidak meminta lebih, cukuplah kalau Aidilfitri kali ini membawa seribu erti kebahagiaan buat aku. Ya Allah, semoga aku berolehnya. Aamin.